Saturday, March 27, 2010

..pergerakan l0k0m0t0r, bukan l0k0m0t0r & manipulatif alatan..


Video ini telah dirakam di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak, UPSI. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Norly Jamil selaku pensyarah kami. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan kami..as,iera,nad,yana,yaya dan husna.Anda semua telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menjayakan tugasan ini. Well done guys! Lets enjoy our move!


REFLEKSI
Kebaikan
Terdapat banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapati dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Faedah serta kepentingan ini boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak prasekolah kerana ia boleh membantu dalam peningkatan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Ia juga dapat menguatkan lagi otot-otot badan dan membantu kanak-kanak meningkatkan lagi koordinasi mata dan tangan mereka. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang dinamakan ’Ball In The Air’. Pergerakan lokomotor yang melibatkan gerakan tubuh badan yang menyeluruh dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pergerakan asas seperti berlari, melompat dan sebagainya. Tambahan pula, pergerakan lokomotor ini dilakukan dengan menggunakan alatan. Selain itu juga, melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Di samping itu juga, guru dapat mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kanak-kanak juga dapat menguasai keseimbangan badan mereka di dalam aktiviti ’Flamingo Leg’. Mereka juga dapat membezakan antara kaki kiri dan kaki kanan. Secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan ini memberi keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan di dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan ini. Antaranya ialah, kanak-kanak mempunyai peratusan tinggi untuk cedera seperti dalam aktiviti ’Ball In The Air’. Hal ini kerana sekiranya bola yang dibaling itu terlalu kuat, mungkin akan terkena muka atau anggota badan yang lain. Ini juga dapat dilihat di dalam aktiviti ’Spin Wheel’ yang menggunakan alatan tali skipping. Dikhuatiri tali tersebut akan dilakukan untuk menjerut leher kawan dan sebagainya. Selain itu juga, sesetengah kanak-kanak ini tidak berapa mahir untuk melantun bola seperti di dalam aktiviti ’Ball Upside Down’. Mereka mungkin berjaya melakukannya tetapi kaki mereka akan berubah kedudukan dari tempat asal. Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, pemantauan daripada guru dan ibu bapa seharusnya dititik beratkan. Mereka juga perlu memastikan alatan yang digunakan selamat bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan berlaku.

0 comments on "..pergerakan l0k0m0t0r, bukan l0k0m0t0r & manipulatif alatan.."

Post a Comment

 

PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez