Sunday, March 28, 2010

..aktiviti bayi 0-12 bulan..


0-3 bulan

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur bayi ketika ini dapat dilihat daripada pergerakan otot yang dilakukan seperti melentur tegangkan tangan dan kakinya. Pada peringkat ini juga, bayi mampu menahan lengan sambil mengangkat dada dalam kedudukan meniarap. Bayi juga mampu mengiring dan akan memalingkan muka ke arah yang disukai.

Aktiviti

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi membantu pergerakan motor kasar bayi berkembang. Salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah membuat senaman kaki yang lembut dengan membengkok dan meluruskan kakinya. Senaman ini bertujuan memberi kekuatan pada otot-otot bayi. Boleh juga sekiranya kita menggerakkan jari, mainan atau objek lain dalam jarak penglihatannya untuk menggalakkan bayi mengangkat kepalanya. Aktiviti seperti ini dapat membantu penglihatan mata bayi melalui pergerakan mata dan kepalanya mengikut gerakan yang dirangsang. Hal ini juga dapat membantu bayi mengangkat kepalanya untuk melihat objek tersebut.

4-6 bulan

Pada tahap ini, bayi sudah mampu duduk dan gemar memandang sekitarnya. Walau bagaimanapun, dia memerlukan bantuan dan pengawasan dari orang dewasa. Kepalanya akan terlentok sekali-sekala apabila didudukkan. Jika bayi berada dalam keadaan berbaring, dia boleh memandang tepat ke arah kita.

Aktiviti

Untuk membantu menguatkan otot-otot bayi, mainkan permainan yang membuatkan dia memusing dan memalingkan badannya. Sebagai contoh, permainan ’’Ba Cak’’. Panggil namanya dari arah sisinya supaya dia akan memusingkan badannya untuk memberi tindak balas. Aktivit yang dilakukan ini dapat membantu mengukuhkan dan menggalakkan keseimbangan badan bayi ketika duduk dan baring.

7-9 bulan

Pergerakan psikomotor bayi pada tahap ini semakin berkembang. Kebolehan bayi pada tahap ini mula merangkak dan akan mula berdiri dengan bantuan objek. Hal ini kerana kekuatan otot bayi masih lemah dan tidak dapat mengimbangi badan.

Aktiviti

Bagi menambah kekuatan otot-otot tubuh bayi, pelbagai aktivi dapat dilakukan. Sebagai contoh, hulurkan jari anda supaya dia boleh memeganggnya dan menarik badannya naik, serta duduk dan berdiri. Kemudian, bengkokkan lututnya semasa dia berdiri dan angkatkan sebelah kakinya. Selitkan dengan kata-kata pujian seperti ”Good girl”, ”Pandai anak mak” dan sebagainya. Dengan cara ini, bayi akan berasa seronok dan gembira dengan kebolehannya. Secara tidak langsung, ia dapat menaiikan keyakinan dan kebolehan bayi untuk terus berjalan.

10-12 bulan

Perkembangan motor kasar bayi sudah mula banyak berkembang. Bayi sudah mula berjalan kalau sebelah tangannya dipegang. Apabila dia merangkak, dia akan bangun berjalan dengan tangan dan kakinya seperti mana yang dilakukan oleh seekor beruang.

Aktiviti

Untuk menggalakkan bayi melangkah dengan sendirinya, bermainlah kejar mengejar dengannya di dalam rumah. Sambil itu, sahut dan panggil namanya dan suruh dia datang ke arah anda. Bagi membuatkan dia bertambah berani, letakkan perabot agak jauh sedikit antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini. Ia dapat membantu menguatkan otot-otot badan bayi dan membina koordinasi mata dan kaki bayi.

0 comments on "..aktiviti bayi 0-12 bulan.."

Post a Comment

 

PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez