Monday, March 29, 2010

..c0ver page..

0 comments
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN
(KAF 2023)

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
KUMPULAN A


ASMIDAR BT ABU HASAN D20082033937
NURUL SYAHIRAH BT MAT RAIS D20082033948
HANNATH BT MOHAMMAD LAZAN D20082033986
MARIANA BT AB RAZAK D20082033988
MULIANA BT SUDARMIN D20082033991
NURHUSNA BINTI ABDUL MALEK D20082034029


DISEDIAKAN UNTUK
CIK NORLY BINTI JAMIL

Sunday, March 28, 2010

..persamaan teori Arnold Gesell, R0bert Havighurst, Grandville Stanley Hall..

0 comments

Perkembangan bermaksud kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi dewasa. Ia merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Terdapat beberapa persamaan di dalam teori perkembangan yang dikemukan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Arnold Gesell, Robert Havighurst dan Grandville Stanley Hall.


Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan

Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh ketiga-tiga tokoh iaitu, Arnold Gesell, Robert Havighurst dan Grandville Stanley Hall, mereka berpendapat mengatakan bahawa faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. ia termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Apa yang dimaksudkan dengan pengalaman sebelum lahir adalah pemakanan dan kesihatan ibu, sama ada ibu itu merokok ketika hamil, rawatan yang diterima, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, masyarakat, rakan sebaya dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang membesar di rumah teres lebih mudah bersosialisasi dan bergaul dengan orang lain berbanding kanak-kanak yang membesar di pangsapuri. Hal ini kerana persekitaran kawasan perumahan teres yang mempunyai taman permainan dan memudahkan kanak-kanak untuk bermain.


Perkembangan Mengikut Urutan

Mengikut pendapat ketiga-tiga tokoh ini, mereka mengatakan setiap proses perkembangan mesti mengikut urutan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ia berlaku pada setiap peringkat ke peringkat lain dalam urutan perkembangan mahupun urutan semulajadi. Bermula dari kelahiran seseorang bayi sehingga ia melalui proses kematangan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 7 bulan sudah mampu duduk dan merangkak. Proses perkembangan itu akan mengikut pola dan urutan. Si kecil tidak boleh terus berjalan. Dia perlu berdiri dengan bantuan objek terlebih dahulu. Dalam proses perkembangan ini, pengawasan orang dewasa seperti ibu bapa amat diperlukan.


Tiada Paksaan Dalam Proses Perkembangan

Selain itu, persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga teori ini adalah tiada paksaan dalam proses perkembangan. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak. Si kecil akan membesar dan melalui setiap proses perkembangan mengikut keupayaan dan kebolehannya tersendiri. Di sini jelas dinyatakan bahawa ibu bapa dan guru tidak boleh memaksa si kecil melakukan sesuatu dengan tiba-tiba dan paksaan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun diajar menaiki basikal sedangkan kemahiran motor mereka belum berkembang. Apatah lagi, otot-otot badan mereka masih belum kukuh dan terbina. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kanak-kanak pada tahap ini baru mula berjalan dan mereka masih tidak mampu mengawal keseimbangan badan. Jadi, biarlah mereka mengeksplorasi dunia mereka sendiri dengan keseronokan dan semulajadi tanpa paksaan.

..aktiviti bayi 0-12 bulan..

0 comments

0-3 bulan

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur bayi ketika ini dapat dilihat daripada pergerakan otot yang dilakukan seperti melentur tegangkan tangan dan kakinya. Pada peringkat ini juga, bayi mampu menahan lengan sambil mengangkat dada dalam kedudukan meniarap. Bayi juga mampu mengiring dan akan memalingkan muka ke arah yang disukai.

Aktiviti

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi membantu pergerakan motor kasar bayi berkembang. Salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah membuat senaman kaki yang lembut dengan membengkok dan meluruskan kakinya. Senaman ini bertujuan memberi kekuatan pada otot-otot bayi. Boleh juga sekiranya kita menggerakkan jari, mainan atau objek lain dalam jarak penglihatannya untuk menggalakkan bayi mengangkat kepalanya. Aktiviti seperti ini dapat membantu penglihatan mata bayi melalui pergerakan mata dan kepalanya mengikut gerakan yang dirangsang. Hal ini juga dapat membantu bayi mengangkat kepalanya untuk melihat objek tersebut.

4-6 bulan

Pada tahap ini, bayi sudah mampu duduk dan gemar memandang sekitarnya. Walau bagaimanapun, dia memerlukan bantuan dan pengawasan dari orang dewasa. Kepalanya akan terlentok sekali-sekala apabila didudukkan. Jika bayi berada dalam keadaan berbaring, dia boleh memandang tepat ke arah kita.

Aktiviti

Untuk membantu menguatkan otot-otot bayi, mainkan permainan yang membuatkan dia memusing dan memalingkan badannya. Sebagai contoh, permainan ’’Ba Cak’’. Panggil namanya dari arah sisinya supaya dia akan memusingkan badannya untuk memberi tindak balas. Aktivit yang dilakukan ini dapat membantu mengukuhkan dan menggalakkan keseimbangan badan bayi ketika duduk dan baring.

7-9 bulan

Pergerakan psikomotor bayi pada tahap ini semakin berkembang. Kebolehan bayi pada tahap ini mula merangkak dan akan mula berdiri dengan bantuan objek. Hal ini kerana kekuatan otot bayi masih lemah dan tidak dapat mengimbangi badan.

Aktiviti

Bagi menambah kekuatan otot-otot tubuh bayi, pelbagai aktivi dapat dilakukan. Sebagai contoh, hulurkan jari anda supaya dia boleh memeganggnya dan menarik badannya naik, serta duduk dan berdiri. Kemudian, bengkokkan lututnya semasa dia berdiri dan angkatkan sebelah kakinya. Selitkan dengan kata-kata pujian seperti ”Good girl”, ”Pandai anak mak” dan sebagainya. Dengan cara ini, bayi akan berasa seronok dan gembira dengan kebolehannya. Secara tidak langsung, ia dapat menaiikan keyakinan dan kebolehan bayi untuk terus berjalan.

10-12 bulan

Perkembangan motor kasar bayi sudah mula banyak berkembang. Bayi sudah mula berjalan kalau sebelah tangannya dipegang. Apabila dia merangkak, dia akan bangun berjalan dengan tangan dan kakinya seperti mana yang dilakukan oleh seekor beruang.

Aktiviti

Untuk menggalakkan bayi melangkah dengan sendirinya, bermainlah kejar mengejar dengannya di dalam rumah. Sambil itu, sahut dan panggil namanya dan suruh dia datang ke arah anda. Bagi membuatkan dia bertambah berani, letakkan perabot agak jauh sedikit antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini. Ia dapat membantu menguatkan otot-otot badan bayi dan membina koordinasi mata dan kaki bayi.

..pergerakan l0k0m0t0r dan bukan l0k0m0t0r..

0 comments
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah s.w.t. yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Segala puji hanyalah untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dialah tempat kita untuk meminta pertolongan dan ampunan, kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari segala kejahatan diri kita dan keburukan perbuatan kita. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga baginda. Salam kesejahteraan juga kepada orang terdahulu yang telah mengorbankan diri, masa dan harta dalam menegakkan dan menyampaikan kalimah yang hak. Seluruh pujian dan kesyukuran hanya diajukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memberi taufik untuk menghasilkan tugasan ini. Sesungguhnya tidak berlaku walaupun sekecil perkara tanpa izinNya.

Penghargaan dan terima kasih kepada Cik Norly Binti Jamil selaku pensyarah KAF 2023: Psikomotor dan Pergerakan. Segala panduan dan bimbingan beliau dalam menghasilkan tugasan ini amat saya hargai.

Penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar. Setinggi-tinggi sanjungan kepada ibu dan ayah yang dikasihi. Pengorbanan dan doa daripada mereka menjadi as-sebab terhasilnya tugasan ini.

Akhir sekali, adalah menjadi harapan agar hasil kerja ini dapat dimanfaatkan dan diberkati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Segala-galanya daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala jua, yang buruk adalah lantaran kelemahan kami.

Salam.

1.0 PENGENALAN
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya.

2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR
Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR
Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

5.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

5.1 Melompat
Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

5.2 Lompat Skip
Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

5.3 Lompat Galop
Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.

5.4 Melantun
Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.

5.5 Melungsur
Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

6.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

7.0 CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

7.1 Menghayun
Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

7.2 Membengkok
Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan

7.3 Memusing
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

7.4 Mendekam
Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

7.5 Menyokong
Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

7.6 Membengkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

7.7 Meregang
Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.

7.8 Mengilas
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

7.9 Memusing
Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

7.10 Menolak dan Menarik
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

7.11 Rebah
Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

7.12 Bangkit
Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

7.13 Melantun
Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan.
Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

8.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

8.1 Kerjasama
Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

8.2 Keberanian
Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.

8.3 Semangat Berpasukan
Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.

8.4 Berdisiplin
Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid.

8.5 Gembira
Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

9.0 PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
• Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
• Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
• Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah.
• Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang.
• Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.
• Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
• Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.
• Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar.
• Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.

10.0 KESIMPULAN
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.

BIBLIOGRAFI
Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-bukan_05.html
Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html
Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf
Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf
Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html
0 comments
Di sini kami sertakan bersama presentation slide kami..harap anda semua lebih faham dan jelas mengenai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Good luck!

Saturday, March 27, 2010

..pergerakan l0k0m0t0r, bukan l0k0m0t0r & manipulatif alatan..

0 comments
Video ini telah dirakam di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak, UPSI. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Norly Jamil selaku pensyarah kami. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan kami..as,iera,nad,yana,yaya dan husna.Anda semua telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menjayakan tugasan ini. Well done guys! Lets enjoy our move!


REFLEKSI
Kebaikan
Terdapat banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapati dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Faedah serta kepentingan ini boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak prasekolah kerana ia boleh membantu dalam peningkatan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Ia juga dapat menguatkan lagi otot-otot badan dan membantu kanak-kanak meningkatkan lagi koordinasi mata dan tangan mereka. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang dinamakan ’Ball In The Air’. Pergerakan lokomotor yang melibatkan gerakan tubuh badan yang menyeluruh dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pergerakan asas seperti berlari, melompat dan sebagainya. Tambahan pula, pergerakan lokomotor ini dilakukan dengan menggunakan alatan. Selain itu juga, melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Di samping itu juga, guru dapat mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kanak-kanak juga dapat menguasai keseimbangan badan mereka di dalam aktiviti ’Flamingo Leg’. Mereka juga dapat membezakan antara kaki kiri dan kaki kanan. Secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan ini memberi keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan di dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan ini. Antaranya ialah, kanak-kanak mempunyai peratusan tinggi untuk cedera seperti dalam aktiviti ’Ball In The Air’. Hal ini kerana sekiranya bola yang dibaling itu terlalu kuat, mungkin akan terkena muka atau anggota badan yang lain. Ini juga dapat dilihat di dalam aktiviti ’Spin Wheel’ yang menggunakan alatan tali skipping. Dikhuatiri tali tersebut akan dilakukan untuk menjerut leher kawan dan sebagainya. Selain itu juga, sesetengah kanak-kanak ini tidak berapa mahir untuk melantun bola seperti di dalam aktiviti ’Ball Upside Down’. Mereka mungkin berjaya melakukannya tetapi kaki mereka akan berubah kedudukan dari tempat asal. Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, pemantauan daripada guru dan ibu bapa seharusnya dititik beratkan. Mereka juga perlu memastikan alatan yang digunakan selamat bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan berlaku.
 

PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez